Saturday, February 16, 2008

modul geog form 6

SISTEM ATMOSFERA


3.1 Struktur dan Kandungan Atmosfera

- Mengandungi 5 lapisan utama ( Troposfera,stratosfera,Mesosfera,Termosfera dan Eksosfera )
- Kandungan gas dalam udara:
i. Gas nitrogen- 78%
ii. Gas Oksigen- 20.95%
iii. Gas Karbon Dioksida 0.03%
iv. Gas-gas nadir- 0.9%
v. Wap Air – 0.9%
vi. Ozon – 0.000007%

3.2 Cuaca dan Iklim

3.2.1 Konsep Cuaca : Merujuk kepada frenomena harian yang sentiasa berubah
mengikut tempat dan masa.

Iklim : Purata unsur-unsur cuaca seperti suhu,hujan, kelempaban udara
dalam tempoh 35 tahun.Iklim adalah tetap dan amat jarang
berubah dalam tempoh yang singkat.

3.2.2 Unsur-unsur cuaca dan iklim

a) Bahangan Suria:
- Marahari merupakan punca tenaga paling utama untuk menggerak dan
meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi.
- Tenaga matahari membekakan kira-kira 99.9% daripada jumlah tenaga yang terdapat dalam sistem bumi atmosfera dan selebihnya daripada punca tenaga endorgenik.
- Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.
- Bahangan Matahari/ suria dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet yang pendek.

b ) Bahangan Bumi :

- Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan membebaskan bahangannya pada waktu malam
- Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang panjang ( suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari )
- Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera.
c ) Suhu:

- Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.
- Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran matahari/ bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di dalamnya.

d) Kerpasan

- Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku.

f) Kelembapan Udara

- Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara
- Kelembapan udara terbahagi kepada 2 jenis:

(i)kelembapan mutlak
(ii)kelembapan bandingan

g) Tekanan udara

- Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi.

h) Angin

- Adalah udara yang bergerak secara mendatar
- Bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawaan tekanan udara rendah.

I ) Litupan Awan

- Merupakan titisan air yang sangata halus yang berdiameter antara 0.02 – 0.06 mm serta terapung di udara.















3.2.3 Konsep Imbangan Bahangan

- Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi – atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa
- Imbanhgan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaran matahari yang keluar.Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap,diserak,dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut.Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses yang sama denhan sinaran matahari.

3.2.4 Proses Pemindahan Haba

- terdapat 4 proses Pemindahan Haba

a) Proses Serakan : Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.
b) Proses Serapan : Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses serapan.
c) Proses pantulan : bahangan matahari apabila terkena partikel-Prtikel, sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak ( vertikal )
d) Proses albedo : Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi. Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan.Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke permukaan bumi akan diserap dan diguna oleh hidupan. Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan pila oleh permukaan bumi secara langsung.


3.2.5 Taburan Suhu Secara Menegak

- Konsep : Merujuk kepada taburan suhu mengikut ketinggian muka bumi.Taburan suhu ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara menegak. Dari segi tenaga, proses ini belaku melalui pengeluaran haba pendam akibat pemeluwapan.penyejukan bahangan di udara dan juga air lintang.
- Faktor : Penurunan mengikut tinggi ( Suhu jatuh mengikut ketinggian dalam aatmosfera sehingga 8 km dari permukaan bumi )






3.2.6 Taburan suhu Secara Mendatar

- Konsep : Taburan tenaga suria mengikut kawasan atau ruang di permukaan bumi. Suhu sebenarnya terhasil melalui sinaran suria yang membekalkan tenaga haba yang menyebabkan persekitaran menjadi panas lalu indeks suhu sekitar meningkat.


3.2.7 Menjelaskan Kelembapan Udara

- Kelembapan udara merujuk kepada kandungan wap yang ada di dalam udara ( atmosfera ) pada masa-masa tertentu.Kelembapan udara terbahagai kepada 2 jenis :

a) Kelembapan Mutlak

Bermaksud jumlah wap air yang sebenarnya wujud dalam jisim udara tertentu pada tempoh tertentu. Ia juga dikenali sebagai ketmpatan wap air dan diukur dalam unit gram setiap meter padu ( g/m3.)

b) Kelembapan bandingan

- Bermaksud nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam jisim udara pada suhu dan tekanan tertentu. Nilai ini membandingkan kandungan kelembapan sebenar sesuatu jisim udara dengan jumlah kandungan lembapan dalam jisim udara tersebut apabila ia mencapai takat tepu.


3.2.8 Menjelaskan Proses

a) Sejatan

- Konsep: Proses penukaran air dari bentuk pepejal atau cecair kepada wap air. Kelazimannya sejatan berlaku pada permukaan air.

- Proses : Wap air yang tersejat akan naik ke atas kerana ia menjadi ringan ( berbentuk gas ) . sejatan berlaku apabila tekanan wap air pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.

- Faktor : faktor yang mempengaruhi proses sejatan :

i. Suhu
ii. Tekanan wap
iii. Angin dan Turbulens
iv. Kemasinan air
v. Kelembapan bandingan
vi. Luas permukaan air.

b) Pemeluwapan

- Konsep : Ditakrifkan sebagai wap air kepada cecair ( titisan air ).Wap-wap air yang tersejat ke udara tidak selamanya akan kekal sebagai wap air da ia akan mengalami perubahan. Titisan –titisan air ini ( cecair ) akan terapung di atmosfera sebagai awan.

- Proses : Berlaku apabila suhu dan jisim udara tersebut menurun hingga ke takat embun ( 0◦C ) . Penurunan suhu ini berlaku disebabkan oleh kadar tukaran adiabatik. Iaitu semakin tinggi jisim udara itu naik, maka suhu dalamnya semakin menurun.

- Faktor : Faktor yang mempengaruhi proses pemeluwapan

i. Kandungan wap air dalam atmosfera mestilah cukup
ii. Proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun
iii. Mesti terdapat nukleus pemeluwapan.

c) Pembentukan Awan.

- Konsep : Awan ialah titisan-titisan air yang halus yang terapung dalam udara dan biasanya wujud dalam kawasan ketinggian kurang dari 12 2000 meter. Awan biasanya terjadi hasil daripada pemeluwapan di aras yang tinggi.

- Proses : terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukan awan .Semakin tinggi kadar pemeluwapan, maka semakin tebal awan yang terbentuk.



d) Kerpasan

- konsep : Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair atau pepejal. Contoh kerpasan ialah hujan,hujan batu,hujan gerimis dan salji.

- Proses : sebelum berlakunya kerpasan, mesti berlaku proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun sebagai hujan,hujan batu dan salji.


- Faktor : Faktor pembentukan kerpasan ( terdapat 2 teori )

i. Teori Bergeron- findeisen
-Pertumbuhan hablur ais.

Ii Teori Perlanggaran
- Pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil
melalui pelanggaran oleh titisan-titisan air yang jatuh.


e) Jenis Kerpasan di kawasan Tropika Lembab

i) Hujan Perolakan

- Konsep ; Hujan yang terbentuk akibat daripada pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan membentuk awan kumulus dan kumulonimbus.

- Proses dan faktor : Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan bumi dipanaskan oleh bahangan matahari.Udara disebelah atasnya di panaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba.Air di permukaan bumi akan berubah menjadi wap dan mengembang apabila menjadi lebih ringan dan naik ke aras yang lebih tinggi.Udara yang telah dipanaskan tadi,akan naik ke lapisan di troposfera secara perolakan.apabila sampai ke paras pemeluwapan, sebahagian daripada wap bertukar menjadi awan kumulus. Di paras yang lebih tinggi, ia menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakina sejuk daripada awan di skelilingnya. Bila awan ini bertambah besar dan berat, ia akan turun sebagai hujan perolakan.


ii) Hujan Orografik ( Hujan Bukit )

- Konsep : Hujan ini terbentuk akibat daripada pemeluwapan yang pesat oleh udara yang dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Biasanya hujan jenis ini akan turun dicerun-cerun bukit atau banjaran gunung yang menghadap tiupan angin manakala cerun lindungan angin hanya menerima angin kering tanpa hujan

- Proses : Proses pemeluwapan akan membentuk awan-awan kumulus dan nimbustratus. Apabila berlaku tiupan angin, ke atas awan-awan tadi ,udara tersebut yang tidak stabil dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Titisan air akan bercantum menjadi lebih besar dan sedikit demi sedikit akan gugur sebagai hujan.



f) Tekanan Udara dan Edaran Umum Atmosfera.

i) Tekanan Udara merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara terhadp kawasan di bawahnya.Tekanan ini berubah mengikut ketinggian. Biasanya tekanan udara akan berkurangan apabila semakin jauh ke troposfera dari permukaan laut.Ini adalah disebabkan kira-kira setengah daripada jisim atmosfera berada di bawah daripada 18,000 kaki.Tekanan udara sedunia adalah tidak sama antara satu tampat dengan tempat yang lain dan juga antara satu masa dengan masa yang lain.kerana taburan tenaga dan lembapan global adalah tidak sama.Terdapat satu perkaitan antara taburan tenaga dengan taburan tekanan .Kawasan yang berlebihan tenaga adalah kawasan bertekanan udara rendah manakala kawasan yang kekurangan tenaga merupakan kawasan bertekanan udara tinggi. Tekanan udara di dunia di pengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu taburan daratan dan lautan, taburan suhu global dan latiud ( garis lintang ).

Dalam konteks edaran umum atmosfera,sebahagian besar tenaga haba yang diangkut oleh tropika ke kutub adalah dalam bentuk haba rasa dan selebihnya dalam bentuk haba pendam yang bergerak dalam bentuk wap-wap air yang diporolehi dari proses sejatan. Akibat putaran bumi yang mewujudkan daya korolis maka edaran umum atmosfera menjadi lebih kompleks. Ini kerana arus-arus udara yang bergerak ke kutub dan ke kawasan tropika akan dipengaruhi oleh daya korolis tersebut yang menyebabkan pergerakan angin menjadi terbias.

ii) Angin Wilayah angin jenis ini merupakan angin kencang yang bertiup secara tiba-tiba dengan kelajuan lebih 70 km/jam dan berupaya membawa hujan sebanyak 80 mm. Ia membawa hujan lebat dipantai barat semenanjung Malaysia dan berlaku pada masa tiupan angin monsun baratdaya (Mei-Ogos). Angin ini dikatakan terjadi apabila dibahagian pantai timur Sumatera berlaku pengembangan udara secara adiabatik akibat pemanasan.

iii) Angin Fohn dan Cinuk, angin katabatik, angin anabatik, bayu laut dan bayu darat
serta angin badai selari merupakan angin tempatan.

g) Menjelaskan gangguan atmosfera

i) Siklon Tropika terjadi dizon tekanan udara rendah di kawasan tropika. Ini kerana kawasan tropika adalah lebib panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain didunia. Apabila suhu tinggi maka tekanan udara dikawasan itu menjadi rendah.

ii) Tornado berbeza dengan ribut tropika dari segi saiz kawasan liputan, halaju serta tempoh ia berlaku.






3.3 Kaitan Sistem atmosfera Dengan Manusia

3.3.1 Pengaruh cuaca dan Iklim terfadap aktiviti ekonomi.

i. Perikanan
ii. Pertanian – setiap jenis tanaman memerlukan iklim dan cuaca yang
berlainan.
iii. Perdagangan
iv. Pelancongan – Iklim yang berlainan di kawasan berlainan telah mewujudkan pelbagai jenis tarikan semulajadi.
v. Perindustrian
vi. Pembalakan.

3.3.2 Menjelaskan fenomena Iklim

i) Banjir

- Konsep :Seringkali dataran-dataran tanah pamah yang terletak berhampiran tebing sungai akan mengalami banjir sekiranya berlaku hujan lebat yang tutun dengan intensisti yang tinggi.
- Contoh-contoh sungai dan dataran tanah pamah yang seringkali mengalami fenomena banjir teruk ialah sungai Huang Ho di China, Delta Muara Sg Ganges di India.
- Banjir besar seumpama ini akan mengorbankan nyawa manusia ,ternakan dan harta benda.

ii) Kemarau

- Konsep: Keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang tutrun untuk satu tempoh yang lama atau panjang.
- Kemarau boleh terjadi disebabkan factor semulajadi ( seperti fenomena El- Nino ) dan factor manusia.

iii) Siklon Tropika

- Konsep : Terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan Tropika.Ini kerana kawasan tropika adalah lebih panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain di dunia.
- Siklon Tropika blh dibahagi kepada Ribut Tropika / Taufan dan Tornado.

a) Ribut Tropika/ taufan

- Konsep : Berlaku di kawasan garis lintang 8-35 U dan selatan
Khatulistiwa.
- Ia terbentuk di merata-rata tempat di lautan, misalnya di Lautan Pasifik.
- Terjadi akibat pemanasan yang tinggi dari habaMatahari, arus lautan juga menjadi panas dan ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalau naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di bawahnya.
- Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi, maka angin akan bertiup masuk dengan kencang ke kawasan tekanan udara rendah tersebut.
- Angin mampu bertiup kencang melebihi 270 km sejam dalam bentuk berpusar.
- Contoh : Negara yg kerap dilanda taufan- Filipina.

b) Tornado

- ia berbeza dengan taufan dari segi Kawasan liputan , hala tuju serta
tempoh ia berlaku tetapi dari segi mekanisme kejadian masih sama.
- Saiz liputan tornado adalah lebih kecil, namun halajunya lebih tinggi (
melebihi 650km sejam ) tetapi tempoh berlaku lebih pendek
berbanding taufan.
- Juga dikenali sebagai puting beliung.


iv) Fenomena El- Nino dan La – Nina.

a) Fenomena El –Nino.

i) Konsep El-Nino
- Merujuk peningkatan suhu arus lautan yang mengubah tiupan angin lazim dan juga cuaca menjadi panas.
- Ia seringkali dikaitkan dengan fenomena kemarau

ii) Proses Kejadian
- Ia adalah fenomena semulajadi yang biasanya berlaku sekali dalam
setiap 3 – 5 tahun.
- Dalam keadaan normal , angin timuran akan bertiup dari timur ke
barat merentasi Lautan Pasifik.
- Angin ini akan mengangkut kelembapan udara ( awan ). Yang terbentuk di Lautan Pasifik dan melepaskannya sebagai hujan monson di bahagian barat Pasifik seperti Malaysia dan di kawasan Asia tenggara dan Australia.
- Semasa kejadian El-Nino, proses sebaliknya berlaku.Air laut yang panas akibat peningkatan suhu global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.
- Hal ini akan melemahkan , menghentikan atau mengubah pola tiupan angina timuran dari darat ke laut atau dari barat ke timur.
- Oleh sebab itu, Hujan monsoon turun di tengah lautan Pasifik dan bukan kawasan sepatutnya di asia tenggara.
- Kesannya cuaca panas, kemarau dan suhu yang tinggi di alami di Negara Asia Tenggara.

iii) Kesan Fenomena El Nino.

a) Kejadian kemarau yang panjang.
b) Penyumbang fenomena jerebu- akibat pembakaran hutan
c) Menjejaskan kesihatan
d) Mengancam penghasilan pertanian makanan
e) Krisis bekalan air
f) Mengancam sumber kehidupan akuatik.



c) Fenomena La – Nina.

i) Konsep La-Nina.
- Merujuk kepada kejadian fenomena banjir.

ii) Proses kejadian fenomena La- Nina.
- Apabila El- Nino berakhir, bermakna suhu permukaan Lautan
Pasifik juga akan menurun ( dianggarkan 3 -5 C ).
- kejatuhan suhu Lautan Pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi berbanding bahagian daratan.
- Ini membolehkan angina bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap-wap air yang banyak untuk dilepaskan sebagai hujan.
- Antara contoh keladian La –Nina yang telah dialami oleh negara-negara terletak di timur Lautan Pasifik.

iii) Kesan-kesan Fenomena La- Nina.
a) kejadian banjir besar. Contoh Bandar Itaqui di Selatan Brazil, Bandar Santiago di Chile.
b) Mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
c) Kehilangan tempat tinggal

.










3.4 Perubahan Iklim
3.4.1 - Konsep : - Pemanasan global dikaitan dengan kenaikan suhu dunia.
- Peningkatan ini berlaku di semua skala mikro atau makro.
- dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna
wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba. Bumi –
matahari.Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan
berbanding dengan output haba yang dikeluarkannya.


3.4.2 - Punca Penipisan Lapisan Ozon.

d) Konsep panipisan.
- Merjuk kepada terputusnya ikatan koralen tiga atom oksigen ( O3) yang selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan gas kloroflorokarbon ( CFC ) di lapisan Stratosfera.
- Penipisan lapisan ozon membolehkan radiasi sinar Lembayung matahari menembusi permukaan bumi dengan mudah.

b ) Punca-punca berlakunya penipisan ozon.

i) Kegiatan perindustrian
- Industeri pendingin Udara. – Pengguanaan CFC
- Contoh : gas ini dikeluarkan apabila berlaku kebocoran
peralatan dan peringkat servis.
- Industri Pencuci dan Pelarut : CFC dalam bentuk cecair
sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan
elektronik , elektrik,mikrocip dalam computer.

ii) Ujian pelancaran roket dan Peluru Berpandu.
- Contoh : rusia dan AS – terbukti yerdapt libang ozon di benua Antartika.

iii) Sektor Pertanian
- Penggunaan baja Nitrogen yang banyak- menghakis lapisan ozon.

iv) Kapal terbang supersonic, membebaskan nitrogen oksida yang menipiskan lapisan ozon.


d) Kesan Penipisan lapisan ozon.

a) Pemanasan global
b) Ancaman kesihatan
c) Menjejaskan sektor pertanian.


3.4.3 Kesan-kesan Perubahan Iklim terhadap Alam sekitar fizikal dan
aktiviti manusia.

a) Kesan ke atas sistem Geomorfologi.
- Peningkatan kadar luluhawa ( luluhawa fizikal)
- Pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi.
- Kawasan pantai lebih cepat terhakis.

b) Kesan ke atas system atmosfera.
- Menggalakkan kejadian El-Nino ( Kemarau ) dan La-Nina ( Banjir )
- Kejadian pulau haba.

c) Kesan ke atas sistem hidrologi
- Pengurangan sumber/ kuantiti air benua.
- Simpanan air tanah akan berkurangan.

d) Kesan ke atas system ekologi.
- Kebakaran hutan
- Memusnahkan kehidupan flora dan fauna
- Memusnahkan kehidupan akuatik.

e) Kesan kepada aktiviti manusia.
- Menjejaskan kegiatan pertanian
- Menjejaskan sector pelancongan
- Menjejaskan aktiviti harian
- Mengancam kesihatan manusia/penyakit.



3.5 Mikro Iklim Bandar

3.5.1 Konsep Mikro iklim Bandar
Merujuk fenomena cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami oleh keluasan di sesuatu kawasan terbatas iaitu dikawasan bandar. Ciri-ciri iklim mikro ini amat berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau keadaan sebelum berlakunya pembandaran.

3.5.2 Perubahan unsur cuaca dan iklim di bandar.
i) Pulau Haba
Konsep: Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar melebihi daripada suhu persekitaran dipinggir bandar.
Faktor : - Kekurangan litupan tumbuhan/pokok
- terdapat banyak bangunan konkrit
- pelepasan banyak gas-gas rumah hijau
- pencemaran daripada kenderaan bermotor
- pencemaran sektor perindustrian

Langkah-langkah mengatasi: - mengwujudkan kawasaan hijau
- mengawal aktiviti pelepasan gas-gas rumah hijau
- mengurangkan pengunaan sumber bahan api
- mengurangkan penggunaan gas CFC.
- Kempen kesedaran

ii) Pencemaran Udara
Konsep : Kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas, habuk, zarah, debu dan sebagainya di atmosfera
Faktor: - pembakaran bahanapi fosil oleh kenderaan bermotor
- sektor perindustrian terutama kilang memproses
- pembakaran terbuka

Langkah-langkah mengatasi:
- galakkan masyarakat menggunakan petro tanpa plumbum
- kempen kongsi kenderaan
- penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar
- Pendidikan samada secara formal atau tidak formal

iii) Jerebu
Konsep: Merujuk kepada partikel-partikel terampai diatmosfera dalam kepekatan yang tinggi.Partikel ini terbentuk didalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelubungi ruang atmosfera disesuatu kawasan.
Faktor: Terdapat 2 faktor iaitu faktor semulajadi dan faktor buatan manusia.
Faktor semulajadi
– kebakaran hutan contoh di Pulau Sumatera dan Kalimantan pada 1997.
letusan gunung berapi Pinatubo di Pulau Luzon Filipina pada tahun 1991.
Faktor buatan manusia
- pencemaran asap kenderaan bermotor terutama dikawasan bandar.
- Pembakaran secara terbuka ditapak pelupusan sampah dan sektor pertanian.
- Sektor perindustrian iaitu industri memproses hasil pertanian dan kawasan quari.
Kesan-kesan jerebu – mengurangkan jarak pengelihatan dan risiko kemalangan terutama pengguna jalanraya, kapalterbang dan kapal laut.
- menjejaskan sektor pertanian
- ancaman kesihataan kepada manusia dan haiwan.
- Menjejaskan sektor pelancongan.
Langkah-langkah mengatasi:
- pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Kaedah menyembur larutan garam iodin kedalam awan kumulonimbus.
- Kerjasama serantau. ASEAN menjalin kerjasama membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia.
- Penguatkuasaan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan.
- Mengurangkan kadar pencemaran udara oleh sumber kenderaan bermotor.


iv) Hujan Asid

Konsep: Air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi(pH < 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfrik adan asid nitrit.

Punca: - perindustrian
- kenderaan bermotor
- stesen janakuasa elektrik yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu.
- Punca semulajadi iaitu letusan gunung berapi

Kesan: - memusnahkan ekosistem hutan
- kerosakkan ekologi
- meningkatkan keasidan tanah
- kerosakkan harta benda
- gangguan kesihataan

Langkah mengatasi hujan asid:
- mengawal pencemaran udara terutama dari sektor industri
- penguatkuasaan undang-undang Alam Sekitar
- kempen cintai Alam Sekitar
- menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum.

modul geog form4 dan form5

my biodata

Wednesday, February 6, 2008

Objektif


1. Geografi adalah subjek yang disukai.